top of page

FIZIK

Fizik: Welcome

Jabatan Fizik
Fakulti Sains
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru
Johor, Malaysia
Email : karimderaman@utm.my

Dr-Karim-Deraman.png
Fizik: About
fizik.gif

OBJEKTIF

  1. Memahami dan menerangkan konsep asas pengukuran

  2. memahami dan menerangkan konsep asa elektrik dan magnet

  3. memahami dan menerangkap konsep optik

Fizik: About

Apa itu Fizik ?

Perkataan Fizik (physics) berasal dari perkataan Greek â€˜physikos’ yang bermakna ‘pengetahuan tentang alam semula jadi’.

Tujuan pembelajaran fizik adalah untuk menjelaskan sifat asas alam semesta dengan menggunakan penjelasan yang paling mudah.

Secara umum, fizik membantu kita untuk mencari jawapan kepada persoalan ‘mengapa (why)?’ dan â€˜bagaimana (how)?’ berhubung dengan misteri-misteri alam semesta.

Soalan ‘mengapa?’ memerlukan satu alasan atau sebab untuk diberikan. Soalan yang berbunyi â€˜mengapa air mengalir?’ adalah lebih sukar untuk dijawab berbandingdengan soalan ‘bagaimana air mengalir?’.

Jawapan kepada soalan ‘mengapa?’ selalunya bermula dengan perkataan ‘kerana (cause)’, atau â€˜disebabkan oleh (due to)’.

Soalan ‘bagaimana?’ memerlukan penjelasan cara fenomena itu berlaku. Sebagai contoh, ‘bagaimana komputer berfungsi?’ dan ‘bagaimana televisyen menghasilkan imej bergerak?’.

Manusia selalunya tidak sabar-sabar dalam memahami sesebuah fenomena semulajadi. Semenjak awal lagi, manusia mempunyai minat yang mendalam terhadap  keajaiban alam sekitar. Keadaan ini menerangkan tentang  kepentingan manusia dalam memahami bagaimana suatu perkakas (appliance) itu beroperasi.

Kebanyakan fenomena semula jadi boleh diterangkan dengan menggunakan prinsip-prinsip fizik. Sebagai contoh:

  • Kita tidak boleh melihat sesuatu objek di sebalik dinding kerana cahaya bergerak dalam garis lurus.

  • Rumput kelihatan hijau kerana daun rumput menyerap semua spektrum (spectrum) warna kecuali warna hijau. Cahaya hijau dibalikkan, oleh itu rumput kelihatan hijau.


Bidang Kajian Dalam Fizik

  • Secara umumnya, bidang fizik adalah berkenaan dengan kajian tenaga (energy) dan jirim (matter).

  • Bidang pengajian dalam fizik adalah terbahagi kepada fizik (klasik) dan fizik moden.

  • Fizik (klasik) mengkhusus kepada persoalan-persoalan berkenaan pergerakan dan tenaga (motion and energy). Ia meliputi lima bidang kajian penting iaitu, mekanik (daya dan pergerakan), haba (heat), bunyi (sound), elektrik dan kemagnetan (electricity and magnetism), dan cahaya (light).

  • Fizik moden pula lebih menumpukan kepada kepercayaan saintifik (scientific beliefs) tentang struktur asas bahan. Bidang kajian utamanya adalah termasuk fizik atom (atomic), fizik molekul dan elektron (molecule and electron), fizik nuklear (nuclear), fizik zarah (particle), relativiti (relativity), asal-usul alam semesta, dan astrofizik (astrophysics).


Penyelidikan dalam fizik moden adalah melibatkan pemerhatian terhadap sekecil-kecil zarah seperti proton dan neutron dalam atom, sehinggalah kepada objek besar seperti bintang dan planet di alam semesta.


Kepentingan Fizik

  • Pengetahuan yang diperolehi daripada kajian fizik adalah juga amat penting dalam bidang sains yang lain, termasuk astronomi, biologi, kimia dan geologi.

  • Terdapat hubung kait yang amat rapat antara bidang fizik dan pembangunan praktikal dalam bidang kejuruteraan, perubatan dan teknologi. Sebagai contoh, jurutera mereka-bentuk kereta dan mesin dengan mengambil kira dan mempertimbangkan konsep dan teori dalam bidang fizik.

  • Kajian bidang fizik adalah berkembang pesat, dimana ianya membawa kepada kemajuan dalam bidang teknologi yang juga memberi banyak manfaat dalam kehidupan seharian manusia.

  • Applikasi hukum-hukum / prinsip-prinsip dan teori-teori asas inilah (dalam bidang fizik), yang telah membolehkan para jurutera dan saintis untuk menghantar dan meletakkan satelit ke orbit, menerima maklumat dari ruang angkasa lepas, serta memperbaiki dan membangunkan teknologi telekomunikasi.

Fizik: About
517a744c-20e1-42b3-8b54-f1e692cecc8e.jpg

Tajuk - Tajuk Utama

Tajuk - tajuk umum yang ada dalam bidang fizik ialah :

​

  1. Asas Pengukuran dan Unit SI

  2. Optik dan Cahaya

  3. Elektrik

  4. Magnet dan Elektromagnet

Fizik: Welcome

Amali Fizik

Fizik: Gallery
bottom of page