TUTORIAL PEMBANGUNAN AUGMENTASI REALITI (AR)

Langkah 1 :
Anda memuat turun aplikasi Entiti Creator pada smartphone dan pc/laptop anda melalui www.wakingapp.com.
Aplikasi boleh dimuat turun mengikut kesesuaian atau spesifikasi peranti/komputer.
Selepas memuat turun, anda perlulah install aplikasi tersebut mengikut arahan yang telah diberikan.
Aplikasi tersebut perlu didaftarkan menggunakan emel ID beserta kata laluan yang mudah diingati. Aplikasi hanya boleh digunakan setelah selesai proses pendaftaran.

Langkah 2 :
Buka aplikasi tersebut dan pergi dan klik ke “New Create Project"
Paparan skrin menunjukkan ada dua projek yang boleh dipilih. Sama ada menggunakan AR (Augmented Reality) ataupun VR (Virtual Reality)
Anda hendaklah memilih AR (Augmented Reality). Sila pilih template contohnya 3D model viewer dan masukkan nama projek dan klik CREATE

Langkah 3 :
Skrin akan memaparkan banyak menu seperti WIDGET/Scene/LOGIC/Library. Semua button berkenaan memainkan peranan dan anda perlu tahu fungsinya.
Klik pada Image target untuk memilih dan memuat naik gambar yang hendak digunakan. gambar yang dipilih hendaklah sama dengan gambar yang akan diimbas dengan menggunakan smartphone.
Setelah gambar telah dimuat naik, anda perlu menekan button anak panah untuk menghantar gambar tersebut ke "preview selected in screen" dan klik "close"

Langkah 4 :
Anda juga perlu memuat turun aplikasi ENTiTi pada telefon pintar anda bagi memudahkan anda untuk mengimbas imej.
Bagi pengguna android, aplikasi boleh dimuat turun melalu "play store" manakala bagi pengguna Apple perlu melalui "apps store"
Aplikasi ini juga bergantung kepada spesifikasi/model telefon pintar anda.

Langkah 5 :
Selepas itu, sila klik pada button previwe tersebut dan imej berupa teko akan kelihatan di atas gambar yang dimuat naik tadi. Sila klik save dan publish.
Dan akhir sekali, imbas gambar tersebut dengan menggunakan smartphone yang telah dipasang dengan aplikasi tersebut.
Anda boleh mencuba semua yang ada pada aplikasi ini.
Selamat mencuba dan selamat berjaya!!