top of page
media sosial.jpg

Garis Panduan media Sosial

Garis Panduan Media Sosial: Welcome

"Kita perlu menunjukkan teladan baik atau memimpin usaha bagaimana menjadikan media sosial sebagai tempat perbincangan, membina sama ada di Facebook, Twitter atau jaringan sosial yang lain. Sudah pasti, akan ada kumpulan kecil yang akan memperjuangkan ideologi dan sikap ekstrim, tetapi ia tidak sepatutnya menjadi penghalang bagi kita menyuarakan pandangan bersifat sederhana atau wasatiyyah" 

YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak dalam blog Malaysia.com.my

Media sosial merujuk kepada sejenis saluran komunikasi dalam talian yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan mudah secara bebas, berkongsi dan membincangkan maklumat dengan menggunakan gabungan multimedia yang terdiri daripada teks, gambar, video dan audio.

Penggunaan media sosial seperti blog, Facebook, YouTube dan Twitter tidak sekadar menjadi ruangan sembang kosong atau hanya untuk meluangkan masa lapang. Media komunikasi ini turut menjadi satu cara untuk Kerajaan terutamanya pemimpin menyelami masalah rakyat dan mendekati golongan masyarakat. Media sosial masa kini menjadi rangkaian komunikasi yang meluas kepada segenap lapisan masyarakat tidak kira golongan remaja, dewasa mahu pun pemimpin memilih untuk menggunakannya. Setiap minit, berpuluh-puluh video akan dimuat naik ke dalam YouTube. Berjuta-juta orang pula akan menggunakan FaceBook. Berjuta-juta pelanggan akan “tweet” dalam Twitter. Begitulah kehebatan orang ramai berkunjung ke media sosial. Mereka lebih senang melawat dan mengguna media sosial berbanding dengan melawat ke laman web agensi Kerajaan.

MEDIA SOSIAL DALAM SEKTOR AWAM

Media sosial merupakan saluran komunikasi penting masa kini untuk membolehkan pegawai awam berhubung antara satu sama lain dan bertukar pandangan dengan rakyat dan ia telah mengubah cara berkomunikasi – sebagai ahli dalam sebuah institusi dan sebagai individu. Media sosial juga telah memberi peluang bagi IPTA dalam mencapai dan berhubung dengan pelajar, pensyarah, staf, ibubapa, alumni, rakan serta komuniti dalam dan luar negara.

Penggunaan meluas media sosial di sektor awam, tidak disekat penggunaannya. Namun ia perlu dikawal dan ditetapkan had-had dan batas yang amat perlu difahami oleh setiap kakitangan awam dalam penggunaan seharian.

Setiap jabatan adalah digalakkan untuk mempunyai laman rasmi media sosial sendiri bagi memastikan hebahan dan hubungan yang telus dengan pegawai awam dan masyarakat. Walaubagaimanapun, bagi menjaga reputasi dan nama baik, setiap perkara yang dikongsikan perlulah sentiasa mengikuti garis panduan berikut :-

  • Mengenal pasti objektif utama penggunaan media sosial.

  • Memahami cara penggunaan setiap media sosial sebelum digunakan oleh agensi.

  • Mematuhi Kod Etika Perkhidmatan Awam dalam penggunaan media sosial dan mendapatkan khidmat nasihat sekiranya diperlukan.

  • Memastikan akaun media sosial rasmi adalah milik agensi dan bukan milik individu.

  • Mengelakkan daripada mewujudkan akaun media sosial yang tidak mampu diselaras dan dipantau.

  • Memastikan maklumat yang disampaikan adalah tepat dan jelas

  • Menampilkan imej korporat Jabatan.

  • Mengelakkan komunikasi dengan pengguna yang bersikap agresif atau kasar.

PERATURAN DAN PERUNDANGAN

  1. Akta Rahsia Rasmi 1972

  2. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

  3. Akta Perlidungan Data 2010

  4. Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 17 Julai 2009 bertajuk 'Pelaksanaan Blog bagi Agensi Sektor Awam'

  5. Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 19 Nov 2009 bertajuk 'Penggunaan Media Sosial di Sektor Awam'

  6. Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertarikh 8 April 2011 bertajuk 'Amalan Terbaik Penggunaan Media Jaringan Sosial di Sektor Awam'

Garis Panduan Media Sosial: About

Pengguna media sosial sewajarnya mengambil kira aspek keselamatan yang menitikberatkan kepada melindungi hak privasi, ketirisan maklumat dan mengelakkan penyamaran identiti. Justeru itu, langkah yang diambil seperti memastikan perkakasan dan perisian yang digunakan untuk mengakses media sosial dapat meningkatkan tahap keselamatan pengurusan media sosial.


Aspek tanggungjawab pengguna yang berkaitan dengan pengurusan keselamatan media sosial:

  • memastikan alamat emel dan kata laluan rasmi tidak digunakan dalam akaun peribadi media sosial.

  • mengelakkan sama sekali daripada membenarkan individu lain menggunakan identiti dan kata laluan akaun pegawai awam.

  • keluar dari media sosial apabila tidak digunakan bagi mengelakkan kecurian identiti.

  • mengelakkan perkongsian maklumat peribadi daripada dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.

  • mengelakkan dari memuat turun aplikasi yang tidak diketahui tahap keselamatannya.

media1.jpg
Garis Panduan Media Sosial: About Me

Sumber Rujukan

Garis Panduan Media Sosial: Clients
bottom of page