
Director
UTM-IRDA Digital Media Centre
MaGIC-X (Media and Games Innovation Centre of Excellence)
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Skudai
Johor MALAYSIA
Emel : shahrizal@utm.my
Serba Sedikit tentang Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)
Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Pada abad ke-20, banyak industri bertumbuh dengan pesat dalam membangunkan sektor elektronik, perkomputeran dan juga bidang teknologi yang lain.
​
Definisi teknologi maklumat, diringkaskan secara umumnya, sebagai satu pemudahcara yang membolehkan pengaliran maklumat secara pantas. Pada era kini, penggunaan komputer, peranti komunikasi dan perisian aplikasi sangat bersesuaian untuk memproses data, menyimpan, mencapai semula, melindungi, menghantar maklumat secara tepat tanpa mengira tempat dan waktu.
Perisian komputer seperti sistem operas (OS) yang popular seperti LINUX, UNIX, Mac dan OS dan Windows serta aplikasi produktiviti pejabat seperti Microsoft Office dan Open Office dan juga perisian Internet seperti pelayar web (Mozilla, Safari, Google Chrome, dan Internet Explorer) memainkan peranan besar dalam bidang ini.
Perkakasan komputer juga terdiri daripada Unit Pemprosesan Data (CPU), RAM, Cakera Keras (HDD), papan kekunci (keyboard) dan juga tetikus (mouse) amat penting dalam membantu pemprosesan yang digunakan oleh pengguna setiap hari.
Sebenarnya, teknologi maklumat tidak terhad kepada penggunaan komputer dan internet sahaja tetapi melibatkan televisyen, radio, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit secara keseluruhannya dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
Di antara fungsi teknologi maklumat adalah :
sistem perbankan bagi memudahkan pemindahan atas talian
sistem perdagangan, pelanggan boleh membeli atas talian tanpa perlu keluar untuk membeli
memudahkan perancangan, kawal selia, pendaftaran, perekodan dan kewangan untuk mana-mana agensi.
mengawal operasi mesin yang mengeluarkan produk bagi memastikan kelancaran dan mengesan kerosakan contohnya kilang.
kebolehan berhubung dan berkongsi mesin pencetak untuk mencetak maklumat-maklumat yang diperlukan.
maklumat-maklumat pembelajaran bagi pendidikan jarak jauh

Perkomputeran Awan
Perkomputeran awan adalah pembangunan dan penggunaan teknologi komputer atau komputeran yang berasaskan internet.
Awan adalah istilah yang digunakan sebagai satu metafora bagi internet berdasarkan gambaran gambarajah rangkaian komputer.
Perkhidmatan perkomputeran awan biasa membekalkan penggunaan perniagaan lazim atas talian yang dicapai melalui pelayar web sementara datanya tersimpan di pelayarnya (server).
Terdapat pelbagai jenis perkomputeran awan yang digunakan. Salah satu yang paling popular dan terkini adalah Google Drive di mana ia adalah hak milik Google yang bermula pada tahun 2012.
Bagaimanakah Aplikasi Google dapat membantu Pembantu Makmal dan Penolong Pegawai Sains?
Bermula pada tahun 2012, setelah dilanjutkan dan diaktifkan, Google Docs telah menukarkan docs.google.com kepada drive.google.com yang pada peringkat awalnya memberikan kapasiti penyimpanan sebanyak 5GB secara percuma kepada penggunanya. Dan kini, telah menambahbaik kepada 15GB secara percuma. Pengguna juga boleh menambah kapasiti secara berbayar sehingga 100TB.
Selain itu, fail yang telah disimpan akan disepadukan secara langsung dengan ciri-ciri google yang lain seperti :
​Gmail
Gmail adalah singkatan kepada perkataan Google Mail yang menyediakan kemudahan surat elektronik yang tersuai dengan kalendar, dokumen, mensyuarat video, yang boleh diakses terus dari tablet atau telefon pintar.
​
Google Documents
Google Docs adalah salah satu aplikasi yang diperlukan untuk menguruss dokumen khususnya aplikasi office. Antara kemudahannya ialah :
Membuat online form
Dokumen boleh dikongsi dan diedit oleh sesiapa yang berada di dalam talian berkenaan.
Dokumen boleh diakses dan berkongsi maklumat di mana-mana sahaja asalkan pengguna mempunyai talian internet.​
​
Google Drive
Berfugsi sebagai tempat penyimpanan secara online. Data boleh diakses dan dikongsi dimana-mana sahaja dengan menggunakan komputer riba, tablet, smartphone dan juga telefon mudah alih dengan menggunakan Google Drive ini. Google Drive menyediakan kemudahan seperti menyimpan fail, gambar, dokumen dan lain-lain. Boleh membaca file berformat PDF.
​
Google Kalendar
Aplikasi ini membolehkan kita membuat kalendar peribadi atau publik di Internet setelah berdaftar dengan akaun Google.
​
Google Hangouts
Merupakan sebuah platform komunikasi yang dikembangkan oleh Google yang merangkumi layanan video chat antara pengguna lain.
​
Google Maps
Aplikasi pemetaan web yang dikembangkan oleh Google. Aplikasi ini memberikan gambaran satelit, peta jalan, pelan lokasi dan lain-lain.